Sunday, May 13, 2018

Sejarah badminton di Malaysia

Badminton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Sejarah dan pembangunan


Battledore and Shuttlecock1854, dari Arkib John Leech[1]
Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di Indiasemasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.[2]
Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton HouseGloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3]
Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899.
Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai KanadaDenmarkEnglandPerancisBelandaIrelandNew ZealandScotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.[5]
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana Malaysia sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.[6]

Sejarah badminton di Malaysia

Image result for sejarah badminton di malaysia

SEPERTI kebanyakan sukan yang terdapat pada hari ini, badminton juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul bulu tangkis ciptaan mereka itu.

Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian masyarakat.
Atas usaha seorang askar Inggeris iaitu Kolonel H.Q. Selby yang bertugas di Karachi, India pada ketika itu, dia telah menubuhkan pasukan Badmintonnya sendiri yang diberi nama ‘Bath Badminton Club’ dan undang-undang permainan dicipta tetapi masih belum sempurna.

Oleh itu, seperti permainan yang lain yang mempunyai badan atau persatuannya sendiri di peringkat antarabangsa untuk menguruskan atau menyelaraskan permainan, pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan dan Presiden pertama ialah Sir George Thomas yang menjawat dari tahun 1934-1955.

BAM mula ditubuhkan
Pada tahun yang sama (1934), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga telah ditubuhkan dan sejak itu, sukan badminton berkembang dan badminton telah menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik pada tahun 1992.

Sejak itu juga, BAM telah berjaya melahirkan beberapa jaguh dalam beberapa dekad ini dan pelbagai pengiktirafan dan kejayaan turut dicapai oleh badan induk itu dengan memenangi beberapa kejohanan besar seperti Piala Thomas dan All England.

Tidak keterlaluan jika mengatakan badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. 

Kemunculan keluarga Sidek

Image result for sejarah badminton di malaysia

Keluarga Sidek dalam arena sukan tanah air bukan sekadar titian menonjolkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit.

Kemunculan Misbun dan adik-adiknya (Razif, Jalani, Rahman dan Rashid) mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia.

Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku abad.

Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi peluh ketika berpusu-pusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang.

Selain keluarga Sidek, pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang dan Silvia Ng.

Malah kini, BAM juga berbangga selepas memiliki Datuk Lee Chong Wei yang meraih beberapa kejayaan sekali gus menjadi kebanggaan Malaysia.


Image result for sejarah badminton di malaysia

Image result for sejarah badminton di malaysia

Malaysia sebaris pasukan elit

Dari segi badminton, mungkin ia telah mencapai tahap terbaik ketika ini, dan pulangannya ialah kemegahan negara di persada dunia.

Dan sekarang ini, pasukan negara masih dianggap sebagai pasukan disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.

Walaupun BAM masih belum mampu mencari pengganti Chong Wei, namun usaha badan induk itu untuk menaikkan nama negara di persada dunia perlu diberikan pujian.
Image result for sejarah badminton di malaysia Image result for sejarah badminton di malaysia

# semoga bermanfaat
# aku budak SKBB
# Thanks my teacher and my mom



9 comments: